Wednesday 22 October 2014

APA ITU SKYBOX ( FAQ ) ( Panduan Pemula )

1. Apa itu Skybox?

Skybox dalam bahasa yang mudah difahami ialah receiver(penerima) siaran satelite, sama seperti decoder xstro tetapi decoder skybox memerlukan sambungan internet untuk mendapat siaran. Apa yang menarik dengan Skybox ini, anda boleh menonton semua siaran xstro termasuk Mustika , HBO dan lain-lain lagi.  


2. Kena Ada internet ke kalau nak guna Skybox ?

Nak guna Skybox kena SENTIASA ADA INTERNET. Internet ni umpama ‘smart card’ xstro tu, kalau tiada internet tiada siarannya. 

3. Kelajuan internet pula macamana?

Internet tak laju takpe, yang penting KENA STABIL (tak putus-putus). Internet untuk connect decoder ke server shj. Bukan untuk download. Melainkan anda nak tengok Youtube dari tv tu, kelajuan internet pula akan main peranan. Kalau internet perlahan, takde efek pada siaran, tapi kalau INTERNET TAK STABIL, baru ada efek pada siaran. 

4. Pemasangan Skybox macamana? Senang ke susah?

Cuma Plug & Play je, boleh pasang sendiri, yang penting dah disediakan piring xstro untuk sambung ke skybox, begitu juga dengan sambungan internet. Kemudia Cuma gantikan je decoder xstro kepada decoder Skybox. 

5. Saya tiada Streamyx tapi ada broadband,boleh ke?

Ya. Boleh. Tapi perlu ditambah 3G Router untuk buat sambungan secara LAN pula. 3G Router boleh beli dari saya sekali. 

6. Kalau Broadband yang ada limit boleh guna ke? Tak habis ke limit?

Boleh guna. Internet yang digunakan Skybox sangat sedikit. Kalau guna broadband saya sarankan JANGAN tengok Youtube melalui Skybox, cepat la habis limit. Kalau nak tahu, Skybox Cuma guna kira-kira 25MB sehari jika anda menonton 24jam tanpa henti. Ia bukan seperti kita buka Youtube yang menggunakan kadar yang banyak untuk streaming. 

7. Kalau saya tiada salah satu daripada yang diperlukan, contoh tiada piring xstro, boleh tengok juga ke?  

Tak boleh. Piring xstro/satellite adalah WAJIB tak kira jenis biasa/byond/njoi. Semua boleh guna. 

8. Betul ke semua channel Xstro boleh tengok?

Betul. Cuma pakej bawah Byond seperti siaran HD (HBO HD, ESPN HD dll) masih belum boleh lagi. Tapi ESPN dan HBO biasa itu boleh tengok. 

9. Kualiti gambar pula macamana?

Jika menggunakan decoder SkyBox F5 memang sebijik macam Xstro malah lagi cantik dari guna decoder Xstro. 

10. TV takde HD & tak ada tempat cucuk HD. Boleh ke pakai SkyBox?

Boleh. Cuma kena pakai wayar 3 warna (kuning, putih, merah). Jadi kualiti sama macam decoder Xstro .  

11. Jenis TV apa yang elok?

TV biasa pun ok, tapi lagi baik yang ada sambungan HD, lagi puas hati.  

12. Apa lagi keperluan yang diperlukan untuk skybox berfungsi  ?



Selain daripada internet , skybox memerlukan cline / ccam untuk berfungsi . Cline / Ccam ni ibarat "provider" channel kepada pengguna untuk pengguna Skybox . Anda boleh melanggan Cline dengan Seller atau anda boleh message ke page ini www.facebook.com/requestshare


13. Skybox tak salah disisi undang-undang?

TAK SALAH. Untuk pengetahuan, Skybox ni macam komputer juga, ada memori, ada motherboard dan lain-lain. Ia bukanlah 100% TV satelit yg hanya guna piring tertentu, tetapi dia memerlukan sambungan internet(LAN) dari modem. Jadi dari sudut ini ia tidaklah menyalahi undang-undang. Senang kata, tengok TV online di Internet. Bezanya Skybox direka khusus utk menarik line internet terus ke sambungan piring utk dapatkan siaran tertentu. 

Credit to = skyboxnewera



No comments:

Post a Comment